Saturday, July 31, 2010

KEMUDAHAN AWAM







WAWASAN & STRATEGI


  • Meningkatkan Modal Insan & Ekonomi Penduduk.
  • Sebuah Kampung Tradisi Yang mempunyai Pembangunan Seimbang & Mengekalkan Keindahan Alam Semulajadi.
  • Melahirkan Insan Yang Bertaqwa.
  • Mempertingkatkan Kualiti & Taraf Hidup Penduduk.
  • Memastikan Penduduk Mendapat kemudahan Awam & Infrastuktur Yang Selesa.
  • Berusaha meningkatkan Pencapaian Akademik Anak-Anak.
  • Menggalakkan Penduduk Dengan Aktiviti Kemasyarakatan & Hidup Harmoni.

Thursday, July 22, 2010

SEJARAH KG AIR PUTEH

  • Sebuah kampung tradisi di Daerah Kemaman yang dibuka pada tahun 1896 oleh sekumpulan orang asli yang tinggal bersempadan dengan Negeri Pahang.
  • Mengikut seorang penduduk yang sempat ditemui sebelum beliau meninggal iaitu Puan Zainab Bt Musa, terdapat ramai orang yang datang ke kampung ini terutama dari Kuala Berang dan Hulu Dungun untuk mencari sumber rezeki seperti rotan, bijih timah & balak.
  • Mereka ini selalu berkhemah dan berehat di tepi sungai yang mana sungai di sini sentiasa jernih. Oleh kerana itu mereka sepakat memanggil nya Kampung Air Putih kerana airnya sentiasa jernih. ( Putih ertinya jernih bagi mereka)
  • Selepas itu mereka memajukan kampung ini dengan menjual hasil bumi tersebut ke bandar Chukai melalui sungai.
  • Oleh kerana di sini terdapat banyak hasil bumi seperti bijih serta kayu balak, ramai orang luar datang ke sini termasuk kaum Cina & Bangsa Inggeris untuk mendapatkan kekayaan hasil bumi.

PENGENALAN

  • Kampung Air Putih - 32 kilometer dari Bandar Chukai & hanya 500 meter dari Lebuh Raya Jerangau Jabur serta kira-kira 15 km dari Lebuh Raya Pantai Timur.
  • Sebuah kampung tradisi yang begitu indah kerana terdapat sungai yang jernih mengalir di tengahnya, dikelilingi oleh kebun serta kawasan pertanian & hutan.
  • Terkenal dengan tempat perkelahan seperti Jeram Tanduk yang amat popular di kalangan masyarakat setempat dan juga luar dari Daerah Kemaman.
  • Di sungai ini juga terdapat banyak ikan seperti kelah, tengas, lampam dan lain- lain yang menjadi sumber penduduk & igauan kaki pancing dari seluruh Malaysia.
  • Kampung ini dilihat amat berpontensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan, memandangkan terdapat sungai yang jernih dan hutan-hutan yang belum diteroka.